Beautiful Me ♥

Nor Wahidatul Asma





NOR WAHIDATUL ASMA BINTI AMIRUL MU'MININ SUNGAI PETANI, KEDAH
26 | Ogos | 1991
❝Carilah redha Allah, bukannya redha manusia. Carilah pandangan Allah, bukan juga pandangan manusia❞.


Travel This Site

Murabbi Syeikh Muhd Zainul Asri bin Haji Romli



Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® widaqalesya.com


Ya Tarim wa Ahlaha


April 14, 2014 Monday, April 14, 2014


Perkuburan Zanbal,
Perkuburan beribu wali.

Ya Tarim wa Ahlaha 
Jika setitik darah Rasulullah SAW jatuh ke bumi


April 13, 2014 Sunday, April 13, 2014


Jika setitik darah Rasulullah SAW jatuh ke bumi, ALLAH akan menurunkan balaNya pada waktu itu jugak.

Dalam perang Uhud, Pipi Rasulullah SAW berdarah teruk akibat tertusuk panah besi.
Tatkala para Sahabat cuba untuk bersihkan luka Rasulullah, Rasulullah tidak benarkan.

Baginda meminta mereka menahan darahnya dari jatuh ke bumi kerana risaukan ummatnya ditimpa azab dari ALLAH asbab tumpahnya darah Kekasih ALLAH ke bumi.

Dalam keadaan itu, yang dirisaukan adalah UMMATNYA.

Darah Rasulullah, akan kita bayar dengan apa ?

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


Sunday, April 13, 2014

♥♡♥ Pencerahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ♥♡♥

“Rasulullah itu senang bila dipuji. Siapa yang boleh membatasi batasan pujian kepada Rasulullah sementara Allah telah memuji kepadanya. Siapa yang boleh menghalang pujian kepada Rasulullah setelah Rabbul Alamin SWT memuji kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah memuji Rasulullah (dirinya). Apa yang diungkapkan oleh mereka para penyair baik dari para Sahabah dan selepasnya para Tabiin hingga kezaman kita adalah tidak lain dan tidak bukan meniru akan Allah SWT yang memuji Nabi Muhammad sebagai tanda keimanan kita kepada Allah dan rasul-Nya. Demikian seseorang yang mencintai orang lain itu adalah mesti diterjemahkan cinta itu dgn sesuatu yang baik”.

“Tunjuk kan kasih sayag kamu kepada orang yang kamu sayangi. Sesungguhnya yang demikian itu membawa akrab nya kepada orang yang anda sayangi. Demikian Rasulullah SAW yang mana para Sahabah mengungkapkan dengan kepelbagaian kasih sayang yang ada di dalam hati dan jiwa mereka kepada Rasulullah SAW sehinggakan benda mati pun mengungkapkan rasa cinta kepada Rasulullah”.

Rahsia di dalam rahsia, MASHAALLAH

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 
Allah yang Maha Mengetahui


Sunday, April 13, 2014

“Kadang kala,
Bila kita cuba beritahu seseorang.

Rasa sakit di hati ini,
Rasa derita di hati ini,
Macam tak sampai apa yang cuba nak diberitahu.

Sebab,
Kita tahu tak ada seorang pun yang benar-benar fahami isi hati kita,
Melainkan Allah yang Maha Mengetahui”.

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 
Nasihat Guru Mulia Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari


Sunday, April 13, 2014

Nasihat Guru Mulia Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari :

“Kesalahan penuntut ilmu dan sebahagian pendakwah zaman Sekarang ialah ‘Menyampaikan apa yang kita tahu’.

Sepatutnya mereka perlu betulkan kembali kenyataan tersebut. Bukannya ‘Menyampaikan apa yang kita tahu’ tetapi ‘Menyampaikan apa yang telah dipastikan kebenarannya dan yang diperlukan oleh zamannya’.

Golongan ini tak ubah seperti melepaskan bom kemudian biarkan untuk membunuh orang yang tak bersalah”.

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 
Untuk Kamu Yang Patah Hati


Sunday, April 13, 2014

Selalu,
Memang susah untuk kita melihat sisi baik dalam setiap ujian Tuhan.

Itulah iman,
Nak menilai sejauh mana kita kekal bersangka baik pada Tuhan,
Atas setiap apa yang Dia dah tentu dan takdirkan,
Untuk kita kekal yakin pada janji-janji Tuhan yang masih dirahsiakan,
Nak melihat sejauh mana tawakkal pada Dia kita gantungkan.

“MOGA TUHAN PEGANG HATI DAN IMAN KAMU KUAT-KUAT TAK TERLEPAS. MOGA TERALIR SEGENAP KUAT DAN TABAH SAAT INI DALAM RAPUHNYA DIRI KAMU.
AKU HANYA DOAKAN YANG TERPALING MAMPU. DENGAN SENJATA DOA YANG PALING AMPUH SAAT INI”.

“DAN MOGA KAMU TAK LUPA SATU,
DALAM UJIAN YANG DATANG TERALIR PADU KASIH SAYANG TUHAN BUAT KAMU”.

Untuk Kamu Yang Patah Hati .
Di tanya, kemananya aku?


April 2, 2014 Wednesday, April 02, 2014

“Di tanya, kemananya aku?
Biarlah diam aku ni pergi untuk membawa diri.

Dekat kepada Sang Ilahi.
Jika dekat aku dengan manusia, sedang Allah kau sisihkan. 

Tiadalah ketenangan abadi.
Sungguh, hati yang tenteram hanya dengan mengingatiNya.”
Jika Aku Diberi Peluang untuk mencintainya


Wednesday, April 02, 2014


Ya Allah,

Jika Aku Diberi Peluang untuk mencintainya

Biarkan cinta ini kekal dihatiku untuknya..

Dan jika cinta itu gugur kerananya,

Aku rela,

Biarlah cinta itu terkubur buat selamanya.

Moga kuat wahai bidadari Syurga


Wednesday, April 02, 2014

Memang jatuh itu sakit, 
tapi carilah penawarnya dengan mendekati 
Sang Penawar segala kesakitan.

Moga setiap luka yang berdarah, 
moga setiap penderitaan yang di alami, 
utamakan Dia dalam tiap langkah.

Moga kuat wahai bidadari Syurga,
Allah sentiasa sayang kamu!
Ya Tarim Wa Ahlaha ❤


March 19, 2014 Wednesday, March 19, 2014

Habib Mahdi Al Hamid kata,
Semua orang boleh dan layak pegi Tarim, hatta dia adalah seorang pendosa sekalipun.

Kita ke Tarim sebab ingin dididik oleh waliyullah yang banyak ilmunya,
jangan sesekali merasakan diri tak layak ke Tarim.

Rohaniyahnya terasa di Bumi Tarim,
Ketenangannya memenuhi hati,
TaRiM Fi QalBi.

Ya Tarim Wa Ahlaha 

By : Syauqul Muhibbin
 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad